TUGASAN 1-LATAR BELAKANG PEMBENTUKKAN MALAYSIA
(PEMBENTUKAN MALAYSIA)
Idea
pembentukkan Malaysia tercetus pada 27 mei 1961 melalui ucapanyang telah dibuat
oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman. Dalam
ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah melahirkan idea untuk mewujudkan satu
bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu
dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Boneo Utara (Sabah), Sarawak
dan Brunei.
Idea
ini dilahirkan atas kesedaran bahawa Tanah Melayu dan wilayah-wilayah terbabit sukar
untuk berdiri sendiri serta berasingan,terutama dalam menghadapi sebarang
persaingan berasingan,terutama dalam menghadapi sebarang persaingan pada
peringkat antarabangsa.Cadangan ini juga membawa maksud perlunya kerjasama
antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dari segi
politk,ekonomi dan sosial sekali gus sanggup bekerjasama dengan kerajaan
British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baharu di Asia Tenggara.
Keseluruhanya,
idea pembentukan Malaysia ini telah menarik perhatian wartawan-wartawan yang
hadir pada hari tersebut dan kemudian menimbulkan pelbagai reaksi positif dan
negatif di Asia Tenggara, terutama di wilayah-wilayah yang terbabit.
Akhbar-akhbar di seluruh Asia Tenggara juga turut membahaskan isu ni.
Banyak
pihak yang mendakwa bahawa idea pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
ini adalah secara tergesa-gesa dan mengejut tanpa membuat sebarang persediaan
awal berhubung penggabungan wilayah tersebut. Dakwaan ini sewajarnya disangkal
kerana sebelum pengumuman tersebut dibuat, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan
beberapa orang tokoh yang berkaitan dengan wilayah-wilayah tersebut.
Pertemuan
Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew di Singapura diadakan pada bulan Januari
1961, manakala dengan Senu Abdul Rahman semasa kunjungan beliau ke Sabah,
Sarawak dan Brunei pada tahun 1960. Pertemuan beliau dengan Perdana Menteri
British, Harold Macmillan pula diadakan pada awal tahun 1961 di London.
Peristiwa-peristiwa tersebut membuktikan usul penggabungan wilayah-wilayah
terbabit diutarakan dengan lebih jelas, penuh komitmen dan berpandangan jauh.
Sebenarnya
idea penggabungan wilayah-wilayah tertentu British ini telah pernah dibincangkan
beberapa kali sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Misalnya pada abad ke-19,
pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara, iaitu Lord Brassey pernah
mencadangkan kepada kerajaan British supaya menggabungkan wilayah jajahan
mereka di Borneo, negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi sebuah
tanah jajahan. Namun, cadangan ini ditolak oleh pemegang-pemegang saham
syarikat berkenaan.
Selain
itu, selepas perang dunia kedua, idea penggabungan semua wilayah jajahan
british pernah dicadangakan oleh pesuruhjaya besar british , Malcom mac Donald
(1949-1952), namun sekali lagi cadangan ini tidak dilaksanakan. Cadangan seumpama
ini juga pernah dilahirkan oleh mohd ghazli shafie pada tahun 1954 yang
mengesyorkan penubuhan komanwel asia tenggara.
Idea
gabungan yang lebih kecil melibatkan hanya tanah melayu dan singapura juga
pernah diutarakan beberapa kali, terutama oleh ketua menteri singapura. Bermula
daripada ketua menteri yang pertama, david marshall kemudian dibangkitkan pula
oleh ketua menteri kedua, lim yew hock.
Perdana
menteri singapura, lee kuan yew juga pernah mengetengahkan hasrat singapura
untuk bergabung dengan tanah melayu sebagai sebuah wilayah politik. Namun dalam
tempoh tersebut, cadangan tidak mencukupi perhatian kerajaan perikatan di tanah
melayu.
No comments:
Post a Comment